Tengku Mahkota Johor Kritik Najib Tak Muncul

Kenyataan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenaan forum ‘Nothing to Hide’ yang gagal dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pagi tadi. – Gambar Facebook, 5 Jun, 2015.

Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi suara pertama kerabat diraja yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana gagal menghadiri dialog “Nothing To Hide” anjuran SukaGuam pagi tadi.

Menurut Tunku Ismail, sudah dijangkakan Najib yang seharus menjelaskan tentang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pagi tadi dan turut dihadiri pengkritik utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pagi tadi.

“Bagaimana boleh diadakan suatu dialog bertajuk 'Nothing2Hide' dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya?

“Tentu sekali dia tidak akan muncul,” titah baginda dalam akaun Facebook Johor Southern Tigers.
Najib dikatakan tidak hadir selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan pembatalan program itu atas alasan keselamatan.


Tunku Ismail juga mengingatkan supaya pihak yang diberi amanah tidak menyalahkan rakyat kerana hilang kepercayaan.

“Kepada mereka yang diberikan amanah, jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda,” titahnya.
Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment