8 Artis Hollywood Berwajah 'Kembar'

8 Artis Hollywood Berwajah 'Kembar'!

Kata orang, setiap seorang mempunyai 7 'kembar' masing-masing di dunia ini. Rupanya, kata-kata itu benar-benar terbukti di kalangan selebriti Hollywood.
Lihat saja Keira Knightley dan Natalie Portman! Walaupun dua bintang ini tidak dilahirkan di waktu dan tempat yang sama, namun keduanya mempunyai wajah yang serupa. Begitu juga dengan beberapa bintang Hollywood yang lain.
Selain pasangan di atas, anda rasa siapa lagi artis Hollywood yang mempunyai wajah yang sama dengan artis lain? Percaya atau tidak? Lihatlah sendiri...

1. Bradley Cooper - Ralph Fiennes

Image result for Bradley Cooper - Ralph Fiennes


Nama Ralph Fiennes mula dikenali setelah berlakon sebagai Lord Voldemort dalam sekuel HARRY POTTER? Bukan hanya kerana lakonan dan penampilannya di dalam filem, dunia juga terpukau oleh wajahnya yang mirip dengan aktor seksi Bradley Cooper!
Mungkin ramai orang yang tidak menyedari kemiripan mereka semasa beliau masih botak tapi cuba anda lihat penampilan Ralph setelah rambutnya panjang! Kedua artis ini kelihatan seperti adik dan abang!

2. Keira Knightley - Natalie Portman



Kehadiran Keira Knightley di dalam dunia lakonan mengingatkan kita pada aktress Natalie Portman dan wataknya yang memukau dalam film BLACK SWAN. Sudah tentu ianya kerana kedua artis cantik ini memiliki wajah yang hampir serupa. Keira boleh dianggap seperti kembar yang bakal menggantikan Natalie yang dikhabarkan akan bersara dari dunia lakonan Hollywood.

3. Georgia Jagger - Lara Stone



Georgia Jagger dan Lara Stone sama-sama model profesional yang memiliki gigi depan yang jarak. Bentuk wajah dan warna rambut yang hampir serupa juga membuatkan mereka sukar untuk dibezakan. Jangan-jangan mereka memang punya hubungan darah?

4. Daniel Radcliffe - Elijah Wood



Nama dua bintang ini sama-sama meningkat naik setelah mendapat watak utama dalam filem fantasi. Jika Daniel Radcliffe dikenali dengan wataknya sebagai Harry Potter dalam sekuel HARRY POTTER, maka Elijah Wood juga meletop dengan peranannya sebagai Frodo Baggins dalam trilogi THE LORD OF THE RINGS. Namun, harus diakui bahawa mereka memang mempunyai penampilan yang hampir sama. Lihat saja mata dan senyumannya yang identical. Satu lagi, mereka berdua mempunyai postur tubuh yang sama-sama 'kurang tinggi'.

5. Jodie Kidd - Gwyneth Paltrow




Cuba anda perhatikan wajah Jodie Kidd dan Gwyneth Paltrow ni. Walaupun tidak betul-betul sama namun banyak persamaan yang boleh didapati pada wajah mereka. Warna rambut, warna kulit, bentuk wajah dan senyuman mereka membuatkan kita terfikir bahawa mereka mempunyai hubungan darah.

6. Zoe Saldana - Thandie Newton




Penampilan Zoe Saldana dalam STAR TREK memang memukau. Namun ada perkara yang lebih memukau iaitu wajahnya yang mirip dengan Thandie Newton. Warna kulit, gaya rambut, senyuman, semuanya membuatkan kita seperti sedang melihat saudara kembar.

7. Kim Kardashian - Nicole Scherzinger



Kim Kardashian dan Nicole Scherzinger memang tidak 100% sama tapi jika kita lihat foto di atas boleh dikatakan mereka mempunyai wajah yang hampir serupa. Mata coklat yang mereka miliki juga membuatkan kita merasakan bahawa mereka ada ikatan kekeluargaan.

8. Kara Tointon - Emma Stone

Image result for Kara Tointon - Emma Stone


Kedua bintang ini memang berasal dari tempat yang berbeza. Kara Tointon berasal dari Walford sementara Emma Stone berasal dari Los Angeles.
Namun demikian, kemiripan jelas ada dalam diri mereka. Bukan hanya kerana warna rambutnya yang hampir serupa, malahan juga mata dan senyuman keduanya yang menawan hati.

Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment