Memalukan!!! Ahli Parlimen KANTOI Layan Video "Berahi" Di Parlimen


SEORANG anggota Parlimen Hong Kong, Wong Ting-Kwong menjadi topik hangat dunia siber gara-gara kantoi sedang asyik menonton video wanita seksi ketika sedang menghadiri persidangan majlis perundangan, kelmarin.

Berikutan itu, Wong menerima kritikan rakyatnya ekoran langsung tidak memberi perhatian serius terhadap perbahasan mengenai usul pembaharuan sistem pilihan raya demokratik Hong Kong.

Menurut sumber, aksi ahli parlimen tersebut secara kebetulan berjaya dirakamkan ketika ahli-ahli lain bergilir-gilir sibuk berbahas dan menyuarakan usul masing-masing dalam sesi persidangan.

Difahamkan, rakaman yang ditonton Wong menerusi telefon bimbit pintarnya itu menunjukkan aksi seorang wanita sedang berposing dalam pelbagai gaya seksi dan berahi di atas meja snuker.


  Video yang dipercayai berjudul ‘Sexy Pool Trick Shots in Germany’ itu dikatakan leka ditonton Wong berulang kali sehingga telefon bimbitnya kehabisan kuasa bateri.


Ini mengakibatkan dia terpaksa pula meminjam satu pengecas telefon bimbit daripada seorang ahli parlimen lain yang duduk bersebelahan sahaja dengannya.
Sebelum ini, Wong juga pernah terpalit dengan kontroversi sekitar tahun 2012 apabila menjadi tajuk akhbar gara-gara dirakam sedang tidur ketika perbahasan berlangsung.  – MYNEWSHUB.CC
Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment