"JANGAN hina kepercayaan dan undang-undang negara yang kamu lawati," luah Barbara dari Nantwich, Britain terhadap insiden bogel yang kini disensasikan akhbar luar negara.
Tinjauan Sinar Online mendapati beberapa akhbar tabloid luar negara mensensasikan isu berkenaan, termasuk menggunakan tajuk berita yang sinis terhadap insiden bogel di Gunung Kinabalu, akhir bulan lepas.
Antaranya, The Sun menggunakan tajuk 'Payudara anda membuat tuhan gunung marah', The Daily Star dengan 'Gadis Britan punca gempa bumi' dan Daily Mirror dengan 'Gadis bogel bakal dipenjara kerana sebabkan gempa bumi'.
Malah ramai yang menzahirkan kata-kata sinis kepada pelancong yang berbogel di Gunung Kinabalu itu.
"Tidak hormat budaya dan kepercayaan. (Pelancong berkenaan) terlalu bodoh," kata Bella dari Surrey, Britain.
"Ikut seperti orang Roman ketika berada di Rome," kata Soks dari London, merujuk kepada perumpaan orang luar perlu menghormati undang-undang dan kepercayaan masyarakat tempatan.
"Walaupun mereka nampak cerdik, saya rasa mereka perlu diajar dari segi adab. Penjarakan mereka tiga bulan dan lihat jika mereka bertambah cerdik apabila mereka keluar (penjara)," kata Pike, juga dari Britain.
Dalam kejadian 30 Mei lalu, beberapa pelancong asing didakwa berbogel selepas foto bogel mereka di puncak Gunung Kinabalu tersebar di laman sosial.
Terbaru, empat warga asing termasuk dua wanita direman semalam bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Sumber : Sinar Harian
Blogger Comment
Facebook Comment