Sejak beberapa hari lalu, laman sosial hangat dibanjiri kisah dan gambar seorang lelaki meninggalkan kekasih transgender demi seorang janda.
Memetik laporan sebuah portal, individu yang memuat naik gambar tersebut dikenali sebagai Azhar Idris. Dia menyatakan lelaki itu bertindak meninggalkan kekasih transgender untuk seorang janda yang menjadi pilihan hati.
"Janda sememangnya kini menjadi pilihan lelaki pada masa ini,” katanya.
Azhar mengatakan bahawa dia kini sedang mengikuti Instagram milik 'gadis' transgender berkenaan.
"Transgender itu kawan kepada kawan saya di UiTM Shah Alam. Dengar macam baik orangnya, study pun PhD. Tapi itulah, tak sangka dia pondan," jelasnya.
Seorang individu turut tampil dan mengaku mengenali 'gadis' transgender terbabit.
"Saya pun kenal, dan dia memang baik orangnya. Saya juga tahu pasal kes dia putus dengan ex-boyfriend. Ada yang kata dia dia kena buatan ilmu hitam selepas putus dengan mamat itu. Tapi ada terdengar juga, ex dia masih nak tetapi dia dah tak nak dekat lelaki tu," ujarnya.
Wajah cantik, persis gadis membuatkan transgender itu tidak kelihatan seperti seorang lelaki.
Para netizen pula tidak putus-putus memuji kecomelan ‘gadis' berbanding memfokuskan isu tersebut kepada lelaki dan janda berkenaan.
Blogger Comment
Facebook Comment