Saya Sudah Tidak Tahu Main


Kuala Lumpur: “Saya sudah tidak tahu bagaimana hendak bermain.”
Kenyataan yang diluahkan pemain perseorangan negara, Liew Daren (gambar) di laman sosial,

Facebook apabila tewas pusingan kedua Grand Prix (GP) Emas Terbuka Switzerland 2015 kelmarin.
Mungkin peminat badminton negara juga ingin bertanya soalan sama kerana Daren sebenarnya boleh menang ke atas Anand Pawar dari India dengan kemenangan straight set.

Selepas memenangi set pertama 21-13, Daren sepatutnya mampu menang mudah kerana pada satu ketika mendahului 20-16 sebelum tumpas 20-22 dan kemudian tumbang set penentuan 16-21.

“Saya mendahului tetapi kalah. Memang saya kecewa sebab itu saya tulis di Facebook. Saya tewas dalam perlawanan yang sepatutnya saya boleh menang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment