Adakah Boss Anda "BODOH" dan "ANGKUH" Seperti Ini??

Image result for bos yang angkuh


1. Apabila seorang bos suka berubah pendapat, itu bermakna dia seorang yang fleksibel dan cuba menyesuaikan sesuatu dengan keadaan. Dan apabila seorang pekerja suka berubah pendapat, itu bermakna dia tidak mempunyai pendirian yang tetap!

2. Apabila seorang bos lambat melakukan kerja, itu bermakna dia seorang yang teliti. Dan apabila pekerja lambat melakukan kerja, itu bermakna dia tidak perform!

3. Apabila seorang bos melakukan kerja dengan cepat, itu bermakna dia seorang yang bijak mengatur perancangan. Dan apabila seorang pekerja melakukan kerja dengan cepat, dia memang seorang yang huru-hara!

4. Apabila seorang bos lambat membuat keputusan, itu bermakna dia seorang yang berhati-hati. Dan apabila pekerja lambat membuat keputusan, itu bermakna otaknya lambat berfikir!

5. Apabila seorang bos cepat membuat keputusan, itu bermakna dia seorang yang berani dan sanggup mengambil risiko. Dan apabila seorang pekerja membuat keputusan dengan cepat, itu bermakna dia tidak berfikir panjang!

6. Apabila seorang bos berani mengambil risiko, dia seorang yang memandang jauh ke hadapan dan berani berdepan cabaran. Dan apabila pekerja berani mengambil risiko, dia seorang yang bertindak sembarangan dan tak pakai otak!

7. Apabila seorang bos tidak berani berdepan risiko, itu bermakna beliau seorang yang berhati-hati dan berfikir panjang. Dan jika tidak berani berdepan risiko, itu bermakna dia tidak berani berdepan cabaran!

8. Apabila seorang bos melanggar prosedur, itu tandanya dia proaktif demi melakukan perubahan. Dan apabila seorang pekerja melanggar prosedur, itu bermakna dia melanggar peraturan!

9. Apabila seorang bos rasa curiga terhadap syarikat, itu bererti dia berwaspada. Jika pekerja rasa curiga terhadap pengendalian syarikat, itu maknanya dia berfikiran negatif!

10. Apabila seorang bos mengatakan sesuatu itu mudah, itu tandanya dia optimis. Bila pekerja mengatakan sesuatu itu mudah, itu tandanya dia suka meremehkan sesuatu perkara!

11. Apabila seorang bos selalu keluar, itu tandanya dia banyak temu janji atas urusan rasmi. Jika pekerja selalu keluar, itu tandanya dia suka curi tulang!

12. Apabila seorang bos tidak masuk ke pejabat, itu tandanya dia sedang sibuk di luar. Bila pekerja selalu tidak masuk pejabat, itu tandanya dia seorang pemalas dan suka ponteng kerja!

13.Apabila seorang bos menuntut kemudahan yang berharga untuk pejabat, itu tandanya dia mahu menjaga status syarikat. Jika pekerja menuntut kemudahan yang berharga, itu tandanya anda banyak songeh dan mahu berlebih-lebih!

14. Apabila seorang bos mampu menulis semua yang diatas, bermakna dia seorang yang kelakar dan mengandungi sifat Sense of humor. Dan jika pekerja yang menulis semua diatas, bermakna dia seorang yang stres, dengki terhadap orang lain, sakit hati, provokasi, negative thinking dan banyak lagi..


Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment