Semua orang tahu pelakon jelita, Tasha Shila kini akrab semula dengan bekas kekasihnya juga atlet muay thai, Hans Wong. Malah perkara itu bukan rahsia lagi kerana aktres itu sudah pun memberikan kenyataan mengenainya.
Bagaimanapun apabila sudah sering kali keluar bersama, ramai beranggapan bahawa cinta mereka yang sudah terputus sebelum ini kembali bertaut.
Teman Cik Pang yang bertemu dengan pelakon itu bagaimanapun berkata, Tasha menjelaskan kepadanya setakat ini dia dan bekas kekasihnya itu masih bersahabat.
Waktu sama Tasha seakan mahu memberitahu bahawa dia tidak keberatan untuk menerima Hans kembali dalam hidupnya tetapi dengan syarat bekas kekasihnya itu harus membuka langkah terlebih dulu.
Kata pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama rantaian Bunga April itu, dia senang apabila bersahabat semula dengan Hans. Selepas berpisah buat sementara, mereka semakin matang dalam menilai hubungan.
Akui Tasha, dulu mereka mungkin melakukan kesilapan sewaktu perselisihan faham berlaku dan sekarang masing-masing cuba bersikap positif.
Bercerita lanjut mengenai kemungkinan cinta sudah kembali bertaut dan masing-masing enggan menyatakan perasaan hati, Tasha enggan memberikan komen dan menyerahkan perkara itu kepada Hans sepenuhnya.
Kata Tasha kepada teman Cik Pang, sebelum ini dia banyak bercakap mengenai hubungan cintanya dengan Hans tetapi situasi sekarang sudah berbeza.
Apa juga yang bakal berlaku dalam hubungannya dengan Hans, dia mahu ia datang daripada jejaka itu. Sebagai wanita dia mahu lihat sejauh mana bekas kekasihnya itu berusaha memenangi hatinya kembali, seterusnya membina kembali ikatan cinta sehinggalah soal melamar dan berumah tangga.
Bagi Cik Pang lebih baik begitu dan ternyata kali ini Tasha tegas dengan pendiriannya.
Walaupun cuba bersikap positif, dia nampak sangat berhati-hati kerana tidak mahu terluka lagi.
Walaupun sudah berbaik, Tasha tidak membawa Hans ke majlis yang dihadiri sebaliknya masih ditemani ibu tersayang.
Blogger Comment
Facebook Comment