Punca Sebenar Zul Ariffin "Maki" Peminat


"SAYA tak marah dia (peminat), saya cuma bercakap dalam nada tegas kerana ketika itu adalah waktu saya bersama dengan keluarga.

"Saya faham dia mahu bergambar dengan saya, jadi saya cuma memintanya untuk bersabar sebentar.

"Tambahan pula, ketika itu, saya mahu menyimpan beg kepunyaan ibu sebelum kembali bergambar dengan peminat terbabit," kata aktor terkenal, Zul Ariffin mengenai dakwaan terhadap dirinya dikatakan memaki seorang peminat yang ingin bergambar dengannya.

Menjelaskan mengenai sikap dinginnya itu, bintang utama drama bersiri Rindu Awak 200% itu menyifatkan keadaan itu berlaku pada waktu yang salah.

"Saya tak berniat nak salahkan sesiapa tapi tindakan mereka pada ketika itu memang salah. Apabila saya cuba bercakap dalam nada yang lembut, mereka tak mahu dengar jadi terpaksalah saya bertegas.

"Saya boleh tahan jika ada yang biadab terhadap saya, lumrahlah, sebagai selebriti saya memang akan berhadapan dengan situasi seperti itu.

"Tapi, apabila dah melibatkan ahli keluarga saya, saya rasa itu melampau! Saya ini bukanlah jenis yang suka memaki orang atau pun marah secara tak tentu hala," tegasnya kepada Zass ketika ditemui selepas pelancaran 'Kempen Kosong-Kosong Ramadan Astro’, baru-baru ini.

Bukan itu saja, bintang filem Penanggal ini mengakui pernah diajak berselfie oleh peminat ketika berada di dalam tandas.

"Saya sedar ada segelintir peminat yang jenis tak sabar-sabar. Kalau sabar, tunggu saya bersedia dulu apa masalahnya, sekejap saja pun.

"Nak berselfie pun kenalah tempat dan masanya juga. Ada yang minta nak berselfie semasa saya sedang membuang air kecil? Nak selfie apa dalam tandas? Itu nak selfie atau nak rakam gambar apa?," katanya.

Sebagai pelakon, kata Zul, dia sangat menghargai apabila ada peminat yang ingin bergambar dengannya.

"Saya ini bukanlah sesiapa, jadi saya sangat seronok apabila ada orang yang nak bergambar bersama-sama sebab itu bermakna mereka menghargai hasil kerja kita.

"Jadi, saya benar-benar menghargainya kerana ia kenangan paling manis. Tapi bila ada yang memperbesarkan hal ini, saya rasa ‘anda’ yang bermasalah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zul bakal terlibat dalam penggambaran drama bersiri 80 episod, Uda & Dara untuk tayangan Astro selain bakal menantikan tayangan drama rantaian lakonannya, MAID pada Ramadan nanti serta telefilem sempena Syawal, Rindu Awak 200% Raya.
Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment