SIAPA DI SEBALIK KRISIS??? - Ikuti Pendedahan Tun Mahathir



1. Perdana Menteri menyatakan bahawa Dr M (saya) adalah di sebalik krisis ini.

2. Saya boleh mengakui bahawa sayalah di sebalik krisis ini. Sayalah di sebalik semua ini kerana terdapat suasana ketakutan di negara ini.

3. Ramai orang tahu 1MDB kerugian berbilion ringgit. Mereka tahu kerana mereka telah menyaksikan bukti kerugian tersebut. Tetapi mereka takut kerana tindakan yang diambil oleh Kerajaan adalah dengan menentang mereka. Mereka mungkin kehilangan kerja, kontrak atau pangkat dsb.

4. Jadi mereka datang memberitahu saya. Mereka meminta saya untuk melakukan “sesuatu”. Setelah sekian lama saya bertahan kerana saya tahu jika saya mendedahkan perbuatan salah laku 1MDB, ia akan membuatkan Perdana Menteri dipersoalkan.

5. Saya telah cuba melakukannya secara tertutup. Tetapi tidak berkesan. Saya telah memberitahu Perdana Menteri bahawa saya tidak lagi menyokong beliau. Tidak berkesan.

6. Oleh itu, saya perlu buat dengan cara terbuka. Najib telah memusnahkan UMNO dan BN. Saya sedar dia bakal kalah dalam pilihanraya akan datang. Kemudian seluruh negara bakal menghadapi kekacauan kerana tiada parti yang mempunyai majoriti untuk mentadbir negara.

7. Pembangkang tidak mampu kerana mereka bertelagah sesama sendiri. Kerajaan Pakatan akan lemah dan tidak stabil.

8. Tanpa sebuah Kerajaan yang kuat, negara ini akan menjadi anarki. Krisis yang akan bersama dengan pemerintahan anarki akan lebih teruk.

9. Jadi saya memutuskan untuk membuat pendedahan tentang salah laku 1MDB yang mana diketuai oleh Perdana Menteri.

10. Adakah terdapat krisis? Ya, ada. Ini disebabkan oleh Perdana Menteri yang telah membuatkan 1MDB meminjam jumlah wang yang begitu besar dan kehilangan berbilion-bilion ringgit.

11. Krisis ini boleh ditamatkan segera jika Perdana Menteri meletakkan jawatan dan membenarkan siasatan menyeluruh terhadap pinjaman RM42billion oleh 1MDB. Selagi Perdana Menteri masih disitu, siasatan rapi tidak boleh dibuat. Kita telah melihat bukan sahaja laporan polis dibuat terhadap 1MDB dan Jho Low tidak disiasat, bahkan orang yang melaporkan perkara ini telah diisytiharkan bankrap, rumahnya dirampas dan dijual malah beliau pula disiasat kerana penggubahan wang haram dan membiayai pengganas. Mahkamah telah memutuskan beliau bukanlah muflis.

12. Jika tidak ada jenayah dikesan dan kesemua wang dikembalikan, Najib boleh kembali menjadi Perdana Menteri dan memimpin BN pada pilihanraya akan datang.

13. Menuduh saya bertanggungjawab terhadap krisis ini, Najib seolah-olah menyatakan bahawa marilah kita semua menerima kehilangan wang berbilion ringgit ini dan menganggap tidak ada-apa yang berlaku. Melihat daripada minat dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh rakyat di atas kerugian yang dialami 1MDB, perkara ini tidak boleh diabaikan. Orang-orang yang bertanggungjawab mesti disiasat dan jika didapati bersalah, mereka mesti dihukum.

14. Krisis mungkin terhasil, tetapi adakah kita boleh membiarkan pencuri mencuri berbilion-bilion ringgit bagi mengelakkan krisis.
Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment