6 Putera Raja Paling Kacak 2015

Siapa kata Putera Raja hanya boleh dilihat menerusi filem-filem Disney sahaja. Ini kerana putera yang berasal dari kerabat diraja dalam kehidupan sebenar juga kacak-kacak belaka.

Oleh itu, kali ini kami akan menyenaraikan putera-putera raja yang kacak dari seluruh dunia.

Putera Andrea Casiraghi


Putera Andrea adalah anak sulung kepada Puteri dari Hanover, Caroline. Beliau juga merupakan cucu sulung daripada kerabat Rainier III.

Putera Andrea bukan sahaja kacak, malah juga merupakan seorang yang bijaksana apabila beliau boleh bertutur dalam banyak bahasa antaranya Inggeris, Itali, Jerman dan Perancis.

Putera Andrea juga sudah berkahwin dengan sosialit popular Tatiana Santo Domingo dan mempunyai anak lelaki bernama Alexandre Andrea Stefano.

Putera Carl Philip


Puter Carl Philip, 36, ini adalah anak kepada Raja Carl XVI Gustaf dan Permaisuri Silvia. Putera Carl bukan sahaja kacak, malah beliau juga seorang yang aktif dengan aktiviti sukan terutamanya bola sepak, berenang, berlayar dan bermain ski.

Bagaimanapun, Putera Carl bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi dengan seorang model jelita Sofia Hellqvist.

Putera Hamdan bin Mohammed Al Maktoum


Ketampanan Putera Hamdan ini tidak dapat dinafikan, dan pastinya akan membuatkan ramai gadis-gadis di luar sana jatuh cinta padanya. Dan menurut beberapa sumber putera ini masih lagi solo.

Putera Felix


Seorang lagi putera yang termasuk dalam kategori terkacak adalah Putera Felix yang merupakan anak kepada Grand Duke Henri dan Grand Duschess Maria Teresa.

Putera berusia 30 tahun ini juga seorang yang aktif dalam aktiviti sukan seperti bola keranjang, tenis, bola sepak dan bola tampar.

Putera Felix sudah pun memiliki seorang anak perempuan yang berusia 11 bulan yang diberi nama Puteri Amalia Gabriela Maria Teresa hasil perkahwinannya dengan Claire Lademacher.

Putera Guillaume

Putera Guillaume
Ini seorang lagi Putera Raja daripada negera Luxembourg dan merupakan abang kepada Putera Felix. Seperti adiknya Putera Felix, putera berusia 33 tahun ini juga sukakan aktiviti sukan, dan juga muzik kerana beliau seorang pemain piano. Seperti adiknya, Putera Guillaume juga sudah berkahwin kepada Stephanie de Lannoy.

Putera Amedeo

Putera Amedeo
Putera Amedeo adalah waris keenam untuk taktha negara Belgium. Beliau merupakan anak sulung kepada Putera Lorenz dan Puteri Astrid. Selain itu, beliau juga sudah berkahwin dengan Elisabetta Rosboch von Wolkenstein.

Menariknya, putera Amedeo ini mempunyai hubungan darah dengan keluarga diraja Austria, Belgium, Itali, Perancis, Swedish dan Spain.

Oleh itu, dia mempunyai nama penuh yang amat panjang iaitu Amedeo Marie Josep Carl Pierre Phillippe Paola Marcus d'Aviano.


Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment