Orang Islam Dibunuh Kejam dan Daging Dimakan di Afrika


Gambar yang sungguh mengerikan menunjukkan seorang lelaki Afrika yang dikenali sebagai “mad dog” memakan daging lelaki Islam yang dibunuh kejam.

Nama sebenar ‘Mad Dog’, Oundja Maglore telah memotong sebahagian daging dari tubuh mayat lelaki Islam itu yang diseret dan dibakar di bulatan jalan Ibu Negara Republik Afrika Tengah. Tidak cukup dengan itu, dia memamah daging tersebut sambil menjilat pisaunya yang penuh dengan darah.



Mad Dog bertindak demikian kerana janjinya yang mahu membalas dendam atas pembunuhan isterinya yang sedang hamil, kakak ipar dan anaknya.
Lelaki Islam yang malang itu diekori ketika menaiki bas. Seramai 20 lelaki Kristian memaksa pemandu bas berhenti dan menarik lelaki itu dan kemudiannya dibunuh dengan kejam.Menurut The Associated Press, kumpulan itu bertindak sedemikian untuk membalas dendam atas pembunuhan seorang pemandu teksi yang berlaku sehari lebih awal.





Permusuhan antara agama di negara itu semakin berlarutan sejak bulan lalu apabila Presiden Michel Djotodia, muslim pertama memerintah di negara yang mempunyai majoriti penduduk Kristian meletak jawatan. -Dailymail.co.uk

Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment