5 Beradik Tercantik Di Bollywood

5-beradik-tercantik-di-bollywood


Bintang Bollywood sememangnya terkenal dengan kecantikan dan personaliti mereka yang menarik. Kadang-kadang kita tertanya, adakah good looks yang dimiliki mereka run in the family?

Apa kata lihat senarai yang kami sediakan ini. Harus diakui, these celebrity sisters memang cantik-cantik!

Sameera, Sushma dan Meghna Reddy



Antara tiga beradik jelita ini, mungkin nama Sameera lebih menyerlah. Bukan sahaja dipuja peminat Bollywood, tetapi Kollywood juga. Bagi dua orang kakaknya, mereka lebih menyerlah sebagai pelakon TV dan model iklan.

Kajol dan Tanisha


Siapa yang tak kenal Kajol? Dia merupakan pelakon A-List di Bollywood malah punya senarai filem box-office yang mengkagumkan. Tanisha pula masih mencari tapak, namun harus diakui dia tak kurang cantik berbanding Kajol.

Riya dan Raima Sen


Kedua-duanya punya reputasi yang hampir sama di Bollywood. Apa yang membezakan adalah imej Raima yang lebih sopan dan low profile.

Shilpa dan Shamita Shetty



Mereka pernah digandingkan di layar perak bersama dalam filem Fareb pada tahun 2005. Sama cantik, namun rezeki Shamita dalam lakonan tidak sebaik Shilpa.

Karisma dan Kareena Kapoor



Tak lengkap senarai ini tanpa dua beradik Kapoor ini. Bermula dengan kejayaan kakaknya Karisma, ia menjadi legasi buat si adik, Kareena. Pun begitu, ada juga yang mengatakan walaupun Kareena berjaya seperti kakaknya, namun Kareena tetap tidak boleh menjadi penari sebaik Karisma. Hm, tak kisahlah, yang penting dua-dua pun cantik dan berbakat!
Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment