Terkini!! Lindsay Lohan Mula Mendalami Islam

New York: Selebriti bermasalah Lindsay Lohan semalam dirakam membawa kitab suci al-Quran selepas menjalani hari pertama khidmat masyarakat di Brooklyn.


Pelakon itu yang mempunyai darah kacukan Ireland dan Itali serta dibesarkan dalam keluarga Katolik memegang kitab suci dengan terjemahan bahasa Inggeris itu sebaik menamatkan khidmat seharinya di pejabat sebuah pusat kanak-kanak.

Ia perkembangan terbaru dalam kehidupan artis berusia 28 tahun itu yang berusaha menghentikan ketagihan terhadap arak dan tabiat suka berfoya-foya.

Ini bukan kali pertama Lindsay menunjukkan minatnya terhadap agama lain.
Ketika berada di puncak popularitinya selaku bintang remaja, Lindsay dilihat memakai gelang merah Kabbalah, kononnya untuk menjauhkan diri daripada ancaman jahat. Dia juga dikhabarkan menghadiri kelas agama Yahudi itu.

Pada 2012, dia dilapor menyertai kumpulan Buddha, mengikut jejak langkah Courtney Love.
Dalam wawancara dengan Oprah Winfrey tahun lalu, Lindsay menyifatkan dirinya sebagai ‘manusia amat spiritual.’

“Saya amat spiritual dan menjadi bertambah spiritual dari semasa ke semasa,” katanya.
Lindsay berada di Brooklyn untuk memulakan hukuman khidmat masyarakat di Pusat Kanak-Kanak Duffield di kawasan kejiranan Fort Greene seperti yang diarahkan oleh mahkamah.
Dia memasuki pusat masyarakat itu menerusi pintu belakang bagi mengelak wartawan dan peminat yang berkumpul untuk melihat wajah bintang bermasalah itu.

Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment