Hubungan Rossa Dan Afgan Dah Terjalin 5 Tahun Dulu



Kehidupan solo penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Rossa mengundang banyak cakap-cakap dan gosip berkenaan kisah cintanya. Terbaru, penyanyi ini dikatakan sedang menjalin hubungan cinta bersama penyanyi popular senegaranya, Afgan.

Memetik laporan Media Hiburan, Rossa berkata, persahabatannya bersama Afgan sudah terjalin sejak lima tahun lalu malah sudah menganggapnya sebagai adik.

“Sebetulnya, bukan hanya kami berdua tetapi ada empat orang lagi yang sangat rapat. Kami selalu ke mana-mana bersama dan jika ada masa luang mereka datang ke rumah saya. Kami makan-makan, berbual dan berkaraoke," jelasnya yang dipetik menerusi Sinar Harian Online.


Masih menyimpan hasrat untuk mendirikan mahligai bahagia, Rossa menjelaskan lelaki dengan usia lebih matang menjadi pilihan utamanya.

“Afgan itu sudah seperti adik saya. Kalau mahu bercinta pun, saya akan memilih jejaka yang lebih berusia. Selain itu dia juga perlu lebih baik dari saya dari segala aspek termasuklah dari segi akhlaknya,” tambah Rossa yang bakal tampil dengan konsert solo Malam Keajaiban Cinta di pentas penuh prestij, Istana Budaya (IB) pada 22 dan 23 Mei ini
Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment