Penampilan androgini seakan sebati dengan para penghibur lelaki di Korea Selatan. Kadang-kadang sehingga tahap di mana mereka boleh disalah anggap sebagai seorang perempuan.
Bulu mata panjang melentik, kompleks kulit sempurna dan bibir yang mungil, mari lihat senarai 9 artis lelaki K-Pop yang dianggap paling cantik.
Changmin
Raut wajah yang comel disertai dengan personaliti yang sopan menyebabkan ahli dari duo TVXQ ini termasuk dalam senarai artis lelaki K-Pop paling cantik.
Taehyun
Ahli kumpulan Winner ini mempunyai raut wajah yang elegan dan cukup terserlah tatkala melakukan sesi fotografi kulit album atau sisipan majalah.
Kris
Bekas ketua kumpulan EXO-M ini amat serasi mengenakan stail rambut pendek namun itu tidak dapat menyahkan persepsi ‘lelaki jelita’ yang diterimanya.
Taemin
Seorang penari yang handal, maknae kumpulan quintet SHINee ini sering dianggap sebagai seorang perempuan bagi mereka yang tidak biasa dengan dunia K-Pop.
Sandeul
Berusia 22 tahun, vokalis utama kumpulan B1A4 ini amat popular di kalangan peminat perempuan dek keletah comel dan mendambakan.
Zelo
Meskipun mempunyai rupa yang menawan, Zelo dari kumpulan B.A.P amat meminati muzik-muzik berat, rap dan hip-hop yang amat bertentangan dengan parasnya.
Ren
Sejak mula mencipta nama pada tahun 2012, Ren dari kumpulan Nu’est amat sinonim dengan penampilan yang sedikit androgini.
Heechul
Sesetengah media di Korea Selatan berpendapat Heechul dari kumpulan Super Junior sebagai pelopor generasi ‘lelaki cantik’ di arena K-Pop sejak sedekad lalu.
Jaejoong
Semasa mula-mula menceburi dunia hiburan dahulu, Jaejoong tidak ubah seperti seorang ‘flower boy’. Namun penampilan ahli JYJ ini cukup maskulin sejak beberapa tahun kebelakangan.
Blogger Comment
Facebook Comment