"Saya Tak Ambil Dadah La"


Kuala Lumpur: Pelakon berdarah kacukan Julia Ziegler, 31, menafikan dia mengambil bahan terlarang seperti didakwa pihak tertentu berikutan tubuhnya kurus dan langsing mendadak.

Menurut Julia, dia kurus bukan disebabkan pengambilan dadah tetapi kerana mengamalkan pengambilan produk kuruskan badan.

"Berat badan saya turun dari 65 kilogram kepada 55 kilogram dalam tempoh dua bulan. Selain itu, saya juga mengamalkan cara hidup sihat dengan kerap bersenam serta menjaga pemakanan," katanya.

Julia berkata, dia juga mula menitik beratkan soal penjagaan kesihatan sejak rakannya sendiri mendapat penyakit berbahaya.

"Rakan saya baru berusia 34 tahun tapi sudah mengalami masalah jantung. Sejak itu, saya mula tersedar penyakit berbahaya boleh menyerang sesiapa saja dan bukan hanya pada golongan yang sudah berusia," katanya.
Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment