#RoyalBaby - Didaftarkan Secara Rasmi sebagai "Princess Charlotte Elizabeth Diana of Cambridge"

Sijil kelahiran Puteri Charlotte.

LONDON - Kelahiran anak kedua pasangan diraja Duke dan Duchess of Cambridge, Puteri Charlotte Elizabeth Diana kini telah didaftarkan secara rasmi di United Kingdom.
Us Weekly melaporkan wakil Istana Kensington mengesahkan pendaftaran itu dilakukan setelah tiga hari bayi perempuan itu dilahirkan.
“Duke of Cambridge, Putera William menandatangani pendaftaran bagi kelahiran bayi itu di Istana Kensington disaksikan oleh Pendaftar dari Pejabat Pendaftaran Westminster,” kata kenyataan itu.

Menurut Us Weekly lagi, dokumen rasmi pendaftaran sijil kelahiran itu dipamerkan kepada orang awam yang mengandungi butir-butir kelahiran puteri diraja itu.
Pendaftaran itu menyebut tarikh dan tempat Puteri Charlotte dilahirkan iaitu pada 2 Mei 2015 di Hospital St. Mary di Westminster manakala nama penuh bayi ditulis sebagai Yang Teramat Mulia Puteri Charlotte Elizabeth Diana of Cambridge.

Sementara bapa Charlotte menandatangani sijil kelahiran itu pula dinyatakan sebagai Yang Teramat Mulia Putera William Arthur Philip Louis Duke Of Cambridge.

Menurut kenyataan Istana Kensington itu lagi, pekerjaan William dinyatakan sebagai Putera Raja United Kingdom sementara anak perempuannya pula secara rasmi memikul tugas sebagai Puteri Raja United Kingdom selepas kurang seminggu dia dilahirkan.

“Kaunsel Pendaftar Westminster, Alison Cathcart yang pernah melaksanakan pendaftaran kelahiran Putera George melakukan proses sama bagi Charlotte di Istana Kensington,” kata kenyataan itu.

‘Tugas’ pertama Puteri Charlotte selepas didaftarkan, menerima lawatan pelawat paling penting yang merupakan moyangnya Ratu Elizabeth di Istana Kensington. Puteri Charlotte dinamakan sempena nama ratu England itu selain ibu William, mendiang Puteri Diana.




Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment