Akim Akui Bercinta Sebab Nak "Ikat" Stacy


Dalam kehangatan cinta antara Akim dan Stacy, timbul persoalan mengapa setiap kali penyanyi berbakat besar itu memberi kenyataan dia menyintai buah hatinya, bintang kelahiran Sabah itu akan memberikan kenyataan balas berbaur marah dan tidak menggemarinya.

Fast Lane News (FLN) sendiri berasa ada sesuatu yang tidak kena apabila perkara itu sering berlaku termasuk baru-baru ini apabila Stacy meminta Akim bertanggungjawab apabila dia memberi kenyataan benar-benar menyayangi dan mencintai dirinya.

FLN nak tahu juga apa yang membuatkan Stacy membenci Akim. Adakah kenyataan diberikan itu tidak tepat waktu, maklumlah orang bercinta ini macam sampan dilambung ombak, ada pasang surutnya.

Mungkin juga sewaktu kenyataan diberikan Akim itu, mereka sebenarnya sedang gaduh-gaduh manja. Perkara itu ibarat seperti memetik suis kemarahan Stacy.

Bagaimanapun, terang teman FLN yang sempat bertanyakan kepada Akim sendiri, penyanyi yang kini sedang popular dengan lagu Potret itu menjelaskan dia tidak perlu menjelaskan mengapa Stacy bertindak demikian. Malah umum sedia maklum.

Kalau begitu keadaannya, mengapa Akim mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa? Katanya, dia jujur dan tidak mahu menyorokkan apa-apa daripada pengetahuan peminat.

Dia mahu umum tahu betapa dia benar-benar mencintai dan menyayangi Stacy. Ibaratnya setiap kali menyatakan yang dia mencintai Stacy, seperti dia mahu meyakinkan buah hatinya itu yang dia benar-benar bersungguh apabila membabitkan soal hati dan perasaan. Kalau boleh, dia mahu satu dunia tahu.

Akim mahu semua orang tahu yang Stacy miliknya. Ibaratnya, kenyataan diberikan itu sebagai pengikat akan hubu­ngan cinta mereka berdua.

Romantisnya apabila FLN mendengar cerita disampaikan teman tadi. Kata teman itu lagi, mendengarkan kata-kata Akim itu menunjukkan dia benar-benar jujur dengan wanita dicintai.

Kalaulah semua lelaki dalam dunia memiliki sifat seperti Akim, pasti dunia akan aman dan penuh dengan cinta dan bukan dusta. Tak gitu?

Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment