Perempuan Perlu Elak Cari Jodoh Di 9 Tempat Ini Jika Tidak Mahu Kecewa


Memang benar jodoh pertemuan, rezeki, ajal dan maut merupakan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah. Namun sebagai seorang muslim yang percaya dengan semua itu, kita juga harus berusaha terlebih dahulu.

Ada ke jodoh tiba-tiba datang depan mata? Tak ada kan? Buat yang masih solo dan sedang mencari jodoh, kami sarankan korang elak cari jodoh di 8 tempat ini. Ini pun kira salah satu usaha la kan?

#1. Tempat Orang Kursus Kahwin
Image result for kursus kahwin

Selalunya orang yang pergi kursus kahwin ini memang dah plan nak melangsungkan perkahwinan dan dah ada calon.

Jarang yang solo pergi. Jadi elakan cari jodoh dekat sini kalau korang taknak kena maki dengan girlfriend/tunang lelaki tersebut.

#2. Wad Bersalin
Image result for wad bersalin

Lelaki tersebut mungkin sedang menemani isterinya yang bakal melahirkan anak tak lama lagi. Tak nak kena tuduh perampas kan?

#3. Ekspo Perkahwinan
Image result for ekspo perkahwinan

Kalau kami lah, tak adanya suka-suka hati nak pergi ekspo perkahwinan. Macam tak ada point je. Jadi lelaki yang pergi situ selalunya memang plan dah nak kahwin. Sekali lagi jangan jadi perampas!

#4. Kelab Malam Gay
Image result for kelab malam gay

Sah-sah mereka ni mempunyai ‘taste’ terhadap jantina yang sama. Jadi pesanan kami jangan cari penyakit. Biarkan mereka dan hidup mereka.

#5. Kedai Emas

emas

Hurm mungkin lelaki tersebut sedang beli cincin mahupun rantai kepada girlfriend, tunang, atau isterinya. Beli untuk emak? Susah nak cari lelaki macam tu.

Ye bidang kuasa mahkamah syariah cukup besar dan ianya berkaitan dengan hal ehwal agama Islam termasuklah perkahwinan.

#6. Mahkamah Syariah

Image result for mahkamah syariah

Mana tahu lelaki yang korang kenal dekat situ dalam perbicaraan kes cerai, kes pukul isteri ke. Jadi baik hati-hati.

#7. Klinik Ibu & Anak
Image result for klinik ibu dan anak

Tempat ini pun korang patut elakkan. Lelaki yang korang jumpa itu mesti bawak isteri dan anak-anak dia untuk dapatkan rawatan.

Sanggup ke nak lukakan hati perempuan-perempuan mengandung dekat atas ni?

#8. Kedai Jual Barangan Bayi
anak

Ada ke lelaki yang tiba-tiba masuk kedai jual barangan bayi tanpa sebab? Lepas tu masuk seorang diri pulak itu. Mungkin isteri suruh beli barang anak kot? Jadi lupakan jela

#9. Kedai Makan Berdekatan Kedai Nombor 4D

Image result for kedai nombor ekor

Selalunya mamat-mamat yang main nombor ini akan lepak kedai makan berhampiran sebelum pergi beli. Iyalah cover line takut kena tangkap dengan Jabatan Agama Islam.
Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment