MH17: Apa Kaitannya Dengan Combat Brotherhood????
KUALA LUMPUR 21 April - Sebuah kumpulan anggota tentera veteran Rusia akan menyerahkan serpihan pesawat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 kepada pasukan penyiasat kemalangan, lapor The Sydney Morning Herald pada Isnin.
Menurut laporan, keputusan itu dibuat setelah kumpulan tersebut yang bergelar Combat Brotherhood, membatalkan rancangan awal mereka untuk mempamerkan serpihan itu di sebuah muzium tentera di Rusia.
Laporan berita Rusia turut menyatakan bahawa serpihan dari pesawat Boeing 777 tersebut sebelum ini telah pun dihantar ke pekan Yeisk di Krasnodar, selatan Rusia untuk menyertai pameran Perang Dunia ke-2.
Bagaimanapun, langkah itu mendapat kritikan dari pasukan penyiasat Belanda yang giat mengumpulkan bangkai pesawat bagi mencari punca nahas itu yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.
Combat Brotherhood menyatakan bahawa mereka sebelum ini mahu mempamerkan serpihan itu sebagai 'bukti' bahawa puak pemisah Ukraine tidak terlibat dalam menembak jatuh pesawat tersebut Julai tahun lepas.
Ketua kumpulan tersebut juga memberitahu 'Business Yeisk' bahawa serpihan itu telah diserahkan oleh penduduk tempatan sebagai tanda ucapan terima kasih atas bantuan kemanusiaan yang diberikan dan juga untuk menyedarkan orang ramai tentang 'kengerian' yang berlaku di rantau itu.
Walau bagaimanapun, Combat Brotherhood berkata mereka sedar bahawa serpihan tersebut adalah bukti fizikal penting dan mengambil keputusan untuk menyerahkannya kepada penyiasat antarabangsa. - Agensi
Blogger Comment
Facebook Comment