Tuduhan Tasha Shila yang mendakwa Kaka Azraff cuba untuk menggoda kekasihnya, Hans membuatkan platun lagu Bukan Hal Aku itu merasa terkilan. Jelas Kaka, kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Tasha kepada pihak media tanpa perbincangan dan menyifatkan ia sebagai tindakan untuk mencari publisiti murahan.
Saya tidak sangka Tasha menuduh saya sebegitu. Saya pernah berborak dengan Hans di sebuah majlis, tetapi kami borak biasa sahaja.
Selepas itu saya tidak pernah berhubung apatah lagi mahu berbalas mesej dengan kekasih dia.Bagi saya tuduhan Tasha terhadap saya itu melampau dan hanya mahu mencari publisiti murahan.
Buat Kaka, ia adalah satu fitnah yang besar terhadap dirinya tetapi beliau tetap akan memandang ia dari sudut yang positif dan mengajar beliau untuk berhati-hati dalam memilih seorang kawan kelak.
Walaupun ia satu fitnah yang tidak boleh diterima akal, saya positifkan diri bahawa ia satu publisiti untuk menaikkan nama saya.
Tambahan pula sekarang ini saya sibuk mempromosikan lagu Bukan Hal Aku. Dan yang penting, apabila isu ini timbul, ia memberi pengajaran besar buat diri saya agar berhati-hati memilih kawan.
Tasha dalam sebuah kenyataan di akhbar minggu lalu mendedahkan Kaka cuba untuk mengambil kesempatan untuk menggoda dan rapat dengan kekasihnya Hans ketika hubungan mereka sedang bermasalah. Malah, Kaka juga dikatakan sering berbalas mesej dengan Hans mengajak kekasihnya itu untuk keluar bersama.
Blogger Comment
Facebook Comment