Contohnya, seperti tarikh pembuatan, index berat, index kelajuan dan tanda amaran kehausan pada tayar.
Berapa ramai antara kita sedar akan maklumat ini? Jarang sekali kita bertanya perkara-perkara ini kepada penjual tayar ketika kita mahu mengganti tayar kenderaan kita.
Ramai pengguna di Malaysia tidak menyedari akan amaran ini pada tayar dan mereka berpendapat tayar hanya perlu diganti apabila bunganya sudah tiada atau dalam erti kata lain apabila tayar itu sudah botak.
Tidakkah mereka sedar bahawa penggunaan tayar sehingga botak sudah melepasi tanda paras amaran dan keadaan ini bakal mengundang bahaya pada mereka.
Tips mengesan kehausan tayar kereta
Untuk pengetahuan semua, apabila tayar sudah melepasi tanda paras amaran kehausan, tayar sudah tidak lagi mampu untuk memberi cengkaman pada setiap perjalanan dan ini boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan ketika memandu.
Pada kenderaan yang menggunakan sistem keselamatan ABS, keadaan tayar yang botak boleh menyebabkan kenderaan akan berhenti dalam jarak yang jauh ketika membuat brek kecemasan.
Kehausan tayar boleh terjadi atas beberapa faktor seperti penjajaran yang tidak betul, kerosakan penyerap hentak, permukaan jalan yang tidak elok/rata, cara pemanduan yang kasar, kerap membrek secara kuat atau pemanduan aggresif yang boleh menyebabkan tayar haus secara tidak sekata.
Bagi tayar yang botak secara sekata pula adalah perkara biasa. Ia bergantung kepada jenis pacuan kenderaan.
Kereta pacuan hadapan akan mengalami kehausan tayar hadapan dengan lebih cepat.
Tarikh Pembuatan Tayar
Kebanyakan pengilang tayar yang menghasilkan tayar hanya memberi jaminan ketahanan pada tayar antara 3-4 tahun sahaja.
Apabila ia melebihi tempoh yang dibenarkan, ia boleh mengundang bahaya seperti keretakan pada permukaan tayar dan tidak lagi mencengkam di jalan dengan sempurna kerana disebabkan oleh bahan getah yang sudah luput dan mengeras pada tayar.
Jadi berhati-hatilah memilih dan membeli tayar terpakai yang mudah didapati di pasaran.
Bagaimana handak mengetahuinya?
Cuba lihat nombor seperti diatas (*1709*). Ada tanda asterisk pada permulaan dan hujung serial nombor ini (sesetengah tiada tanda asterisk).
2 digit pertama akan memberi tahu kita minggu ke berapa dalam tahun tersebut tayar ini dibuat (Dalam setahun kita ada 52 minggu).
Dua digit terakhir pula mewakili tahun tayar ini dibuat. Oleh itu, jika *1709* ia akan menunjukkan tayar ini dibuat pada minggu ke 17 dalam tahun 2009 iaitu bersamaan bulan April 2009.
Jadi sekirannya jaminan ketahanan pada tayar adalah antara 3-4 tahun, maka anda boleh mengagak atau membuat kiraan bila tarikh luput tayar tersebut.
Contohnya di sini, tayar ini akan luput pada April 2012 atau 2013. Sekiranya anda berjumpa ada kedai yang menjual tayar luar biasa murahnya, anda pastikan tarikh luput tayar tersebut. Mungkin tayar tersebut sudah hampir tarikh luput atau sudah pun luput.
Apa erti kod pada sisi tayar kenderaan kita?
Lebar permukaan bawah tayar: 175 mm
Lebar permukaan sisi tayar: 70 mm
Jejari: R
Diameter rim: 13 inci
Indeks muatan dan symbol kelajuan: 82H
Indeks muatan 82: Tayar itu boleh menampung muatan 475 kg
Simbol H: Kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/h
Senarai Kod
S - 180 km/j
T - 190 km/j
U - 200 km/j
H - 210 km/j
V - 240 km/j
Z - Melebihi had laju 240 km/j
W - 270 km/j
Y - 300 km/j
ZR - Untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas
Berat Tampung Maksima Tayar
Setiap tayar yang dihasilkan dibekalkan dengan berat maksima yang boleh ditampung oleh setiap tayar. Apabila kenderaan kita melebihi berat tayar yang dibenarkan, ini boleh menyebabkan kenderaan terbabas dan risiko tayar meletup ketika pemanduan adalah tinggi.
Fahami Kelajuan Dibenarkan
Kelajuan setiap tayar adalah berbeza mengikut spesifikasi masing-masing dan adalah dinasihatkan kepada para pengguna kenderaan untuk memahami dahulu kelajuan yang dibenarkan oleh pengilang pada setiap tayar mereka.
Amat penting sekali mamahami kelajuan tayar kenderaan anda bagi mengelakkan sebarang kegelinciran tayar pada kelajuan yang melebihi spesifikasi yang dibenarkan dan keadaan ini boleh menyebabkan kenderaan anda hilang kawalan.
Semoga memberi manfaat dan dapat menambah pengetahuan anda semasa membeli tayar kenderaan anda. Kelajuan setiap tayar adalah berbeza mengikut spesifikasi masing-masing dan adalah dinasihatkan kepada para pengguna kenderaan untuk memahami dahulu kelajuan yang dibenarkan oleh pengilang pada setiap tayar mereka.
Amat penting sekali mamahami kelajuan tayar kenderaan anda bagi mengelakkan sebarang kegelinciran tayar pada kelajuan yang melebihi spesifikasi yang dibenarkan dan keadaan ini boleh menyebabkan kenderaan anda hilang kawalan.
Semoga memberi manfaat dan dapat menambah pengetahuan anda semasa membeli tayar kenderaan anda.
Blogger Comment
Facebook Comment