Ini memulakan banyak spekulasi di kalangan peminat yang rata rata berkata Abby Abadi sengaja mengeluarkan kenyataan seperti itu untuk meraih publisiti murahan selain ada tujuan tersembunyi untuk menggangu rumahtangga bahagia Norman Hakim & Memey Suhaiza.
Bercakap kepada Sinar Harian, Abby Abadi telah memutuskan untuk tidak meneruskan niatnya untuk bercerita mengenai perkara itu selepas membaca komen dan juga kritikan ramai.
“Tak apalah, saya malas nak layan sebab kalau jawab nanti, orang akan panjangkan perkara ini & lagipun, ramai sangat juri awam kat Malaysia ini. Saya memutuskan untuk tidak lagi melanjutkan perkara ini. Tiada apa yang serius dan kalau cerita pun, ia tidak berbaloi. Jadi, lupakanlah saja”
“Bagi saya, ia bukanlah satu perkara yang penting untuk dikongsikan bersama,” ujarnya.
Macam kita tidak kenal Abby Abadi selama ini memang suka berdrama sendiri. Tidak mengapa jika beliau tidak mahu berkongsi, semoga selepas ini tidak ada lagi hint yang menimbulkan spekulasi orang ramai ditimbulkan.
Blogger Comment
Facebook Comment