Los Angeles: Sebuah majalah Amerika Syarikat membuat laporan mengejutkan apabila mendakwa Putera Charles dan Diana mempunyai anak rahsia dan Kate Middleton mengadakan pertemuan dengannya ketika melawat New York tidak lama dulu.
Anak pempuan berkenaan dikatakan bernama Sarah dan kini berusia 33 tahun. Dia didakwa lahir menerusi ibu tumpang sebelum Diana melahirkan William dan Harry.
Majalah itu melaporkan, Sarah kini tinggal bersembunyi di New England kerana bimbang mengenai keselamatannya berikutan kematian Diana dalam kemalangan kereta di Paris pada 1997.
Menurut majalah itu, dia menemui isteri William, Kate, dalam satu pertemuan sulit ketika Kate dan William mengunjungi New York.
Majalah Globe mendakwa Sarah dilahirkan selepas Diana menjalani ujian ginekologi pada usia 19 tahun sebelum berkahwin dengan Charles.
Dalam laporan pelik itu, majalah berkenaan juga mendakwa, ketika pemeriksaan dijalankan, telur diambil dan kemudian disatukan dengan sperma Charles sebelum disimpan.
Seorang doktor dikatakan mengambil satu daripadanya dan memindahkannya kepada isterinya.
Laporan itu menarik perhatian media dunia.
Namun, ini bukan kali pertama majalah Amerika Syarikat menyiarkan cerita liar mengenai kerabat diraja Britain.
Ada yang melaporkan tahun lalu bahawa Kate dan William sudah mempunyai anak kedua.
Pada 2012, majalah Globe dikecam kerana menyiarkan di muka depan mendakwa Ratu Elizabeth nazak dan isteri baru Charles, Camilla merancang untuk mengambil alih takhta.
Blogger Comment
Facebook Comment