Fakta Yang Sangat Menarik Tentang Payudara Wanita



Info Fakta Tentang Wanita. Terlebih dahulu, kepada yang singgah membaca entri ini dan fikirkan entri ini adalah entri lucah atau memang mengharapkan entri ini adalah entri lucah, diharap korang dapat membacanya dulu. Rasanya kalau sebut mengenai payudara, semua orang tersipu malu lebih-lebih lagi kalau perempuan.


Baca jangan tak baca...

Saiz payudara kiri biasanya lebih besar. Tidak ada payudara yang mempunyai saiz yang sama, dan biasanya payudara sebelah kiri lebih besar dari payudara sebelah kanan. Namun, perbezaannya tidaklah terlalu ketara dan menonjol. Puting juga datang dalam pelbagai saiz dan bentuk (sama ada kecil atau besar).

Payudara tidak elok digoyang. Biasanya senaman seperti jogging dan aerobik akan mengakibatkan payudara anda bergoyang. So, sentiasa pakai bra/coli yang sesuai dengan saiz payudara anda untuk mengurangkan kesakitan di payudara semasa melakukan aktiviti ini. Kan bra tu dibuat untuk melindungi payudara anda.

Payudara boleh berubah bentuk. Memang pelik kalau dengar tapi kalau anda tidur dengan meniarap (facedown), kadang-kadang ianya boleh mengubah bentuk payudara. So, kena jagalah cara anda tidur supaya boleh maintain bentuk dan ketegangan payudara itu. Kalau yang suka tidur meniarap pun pastikan anda letak dulu bantal di bawah payudara sebagai support semasa tidur.

Payudara boleh memanjangkan umur lelaki. Merenung payudara wanita selama 10 minit mampu memanjangkan usia lelaki antara lima dan enam tahun. Ini adalah kajian yang dijalankan ke atas 200 lelaki tulen di Eropah. Kajian yang diketuai oleh Dr. Karen Weatherby menyatakan renungan selama 10 minit sehari bersamaan dengan 30 minit bersenam di gym.Bertuahkan jadi lelaki. Senang-senang je nak panjangkan umur...hahaha tapi yang peliknya kat Malaysia ni ramai pulak lelaki yang mati cepat.

Elakkan pakai bra semasa tidur. Wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra/coli dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari. Dan ketika tidur elakkan dari memakai bra kerana ianya boleh menyebabkan kanser payudara. Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.

Payudara adalah perkara pertama lelaki lihat pada perempuan. Kajian yang dilakukan di Victoria University of Wellington menunjukkan bahawa payudara sering menjadi perkara pertama dilihat oleh seorang lelaki normal dan merupakan anggota badan perempuan yang dilihat paling lama oleh lelaki.

Jadi, faham-fahamlah ye.



Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment