Terkini!! Pesawat F-16 Ditembak Jatuh


SANAA - YAMAN. Angkatan pertahanan udara Yaman dilapor menembak jatuh sebuah pesawat tempur milik Arab Saudi di wilayah barat laut Sanaa.

Jet pejuang F-16 itu telah ditembak jatuh dan terhempas di kawasan Bayt Khayran dekat daerah Bani Harith.

Menurut Press TV, jet pejuang berkenaan dilapor melancarkan beberapa serangan udara ke atas pangkalan udara al-Dailami.



Pada 11 Mei lalu, pemberontak menembak jatuh sebuah jet pejuang Maghribi selepas didakwa menceroboh ruang udara Yaman di Lembah Noshour.

Dalam perkembangan berkaitan, Arab Saudi mengebom depoh senjata kumpulan pemberontak Houthi di Ghula, wilayah Omran di utara Sanaa, semalam.

Ia disusuli oleh serangan darat ke atas kemudahan penyimpanan senjata di Sanaa yang dipercayai menyebabkan kematian selain serangan ke atas pangkalan tentera di Dhabwa yang kini dikuasai puak pemberontak yang disokong Iran.
Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment