11 Lafaz Taklik Disediakan Keluarga Seorang Pengantin Perempuan Yang Amat Memeranjatkan

Di Selangor misalnya, lafaz taklik yang biasa diucapkan menyebut bahawa isteri berhak menuntut cerai secara Talak Khuluk di Mahkamah Syariah jika ditinggalkan selama empat bulan berturut-turut secara sengaja hingga memberi mudarat oleh si suami.

Jatuh-talak-satu-jika-merokok

Dalam pernikahan Islam biasanya diselit dengan lafaz taklik oleh pengantin lelaki bagi melindungi hak wanita daripada teraniaya selepas berkahwin.

Secara umumnya taklik bererti mengaitkan berlakunya talak apabila berlaku sesuatu perkara atau syarat yang telah dilafazkan suami.

Bagaimana pun dalam salinan pada sekeping kertas putih di atas, ia dikatakan 11 lafaz taklik disediakan keluarga seorang pengantin perempuan untuk dilafazkan bakal suami.

Antaranya termasuk jatuh talak satu jika suami meninggalkan rumah tanpa khabar berita selama tiga bulan, memukul, mengambil harta isteri, mempunyai hubungan sulit atau melarikan anak-anak.

Turut digariskan adalah jatuh talak satu jika suami berniat untuk berpoligami, tidak membenarkan isteri menghubungi ahli keluarga dan menghalang isteri daripada mengembangkan kerjaya.

Bagaimana pun syarat dilihat makin mengarut bila turut menyertakan taklik jatuh talak satu jika suami merokok termasuk secara sorok-sorok atau menghalang isteri melakukan aktiviti yang biasa dilakukan sebelum berkahwin.

Ikutkan taklik yang biasa pun tak senang-senang talak boleh dijatuhkan termasuk kena kemukakan pada mahkamah syariah terlebih dahulu tapi yang ini, terus jatuh talak satu jika merokok di belakang isteri atau berniat untuk berpoligami!

Benar perceraian dibenarkan dalam Islam tapi harus diingat, ia tetap perkara halal paling dibenci Allah Taala dan mendatangkan implikasi besar dalam kehidupan sesebuah keluarga.

Maka perceraian sepatutnya menjadi penyelesaian terakhir sekiranya masih ada jalan untuk penyelesaian.

Bukannya senang-senang dijatuhkan talak itu walaupun suami baru berniat nak kahwin lain – belum buat lagi.

Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment