5 Pelakon Wanita Bollywood Yang Tidak Berpendidikan Tinggi

Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Malah, ia sering dikatakan bahawa kejayaan datang hanya dengan pendidikan yang tinggi. Tetapi, apabila kita bercakap tentang dunia glamor, kita dapat melihat begitu ramai selebriti yang sebenarnya  tidak dapat menamatkan pelajaran mereka.

Berikut adalah 5 pelakon wanita ternama Bollywood yang memiliki jutaan peminat di seluruh dunia tetapi sebenarnya tidak pernah menamatkan pengajian di kolej dan universiti.

Karisma Kapoor


Karisma didakwa berhenti sekolah tidak lama selepas dia memasuki  darjah enam untuk mengejar kerjayanya sebagai pelakon. Filem pertama beliau adalah 'Prem Qaidi' apabila dia berusia enam belas tahun.

Priyanka Chopra



Ratu cantik ini telah melanjutkan pelajaran di beberapa tempat seperti Amerika Syarikat dan India. Pada mulanya, dia bercita – cita untuk menjadi seorang ahli psikologi jenayah dan menyertai kolej Jai Hind di Mumbai, tetapi tidak menyambung pelajarannya kerana mendapat tawaran untuk berlakon.

Deepika Padukone



Deepika telah belajar di kolej Mount Carmel di Bangalore tetapi tidak pernah menamatkan pengajian di sana. Beliau juga  pernah mendaftar untuk kursus jangka pendek dalam IGNOU untuk melanjutkan pelajaran tetapi tidak dapat menamatkannya. Kini, Deepika merupakan salah satu pelakon terhangat Bollywood.

Aishwarya Rai


Salah satu wajah tercantik di dunia, Aishwarya Rai Bachchan juga merupakan pelakon Bollywood yang tidak dapat menamatkan pengajiannya. Dia terpaksa meninggalkan pengajiannya di Kolej Jai Hind lebih awal apabila dia mula kerjayanya sebagai model dan kemudian menang Miss World 1994 di Sun City, Afrika Selatan.

Alia Bhatt



Bintang jelita, Alia Bhatt adalah anak kepada pengarah filem Mahesh Bhatt.  Alia Bhatt menamatkan zaman persekolahannya di Jamnabai Narsee School dan mula berlakon dan belajar penerbitan filem dengan bapanya.

Walaupun mereka tidak memegang sebarang ijazah, kejelitaan dan bakat mereka berjaya menawan hati peminat mereka dari seluruh dunia.






Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment