Permohonan Awie Ditolak - Mahkamah Mengekalkan Keputusan


Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam telah menolak permohonan Awie untuk membatalkan perintah iterim hadhanah secara ex-parte terhadap tiga orang anak mereka. Bukan sahaja hasrat untuk mendapatkan wang tersebut terbantut tetapi keinginan beliau untuk mendapatkan hak penjagaan sementara ketiga-tiga anaknya daripada Rozana Misbun juga gagal.
Image result for awie di mahkamah

Dalam permohonan Awie sebelum ini, beliau mahu Rozana menanggung kos ataupun membayar ganti rugi kepada beliau atas beberapa dakwaan tidak benar dalam tuntutan balas berhubung hak penjagaan anak-anak mereka.

Keputusan mengekalkan hak penjagaan sementara kepada Rozana Misbun dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Muhammad Fathi Saleh.
Rozana ketika ditemui pihak media berkata, beliau merasa syukur dengan keputusan mahkamah mengekalkan hak penjagaan sementara kepada beliau meskipun terkilan apabila anak sulungya Putra Ahmad Merrah masih belum berada di sisinya.

Image result for rozana misbun

Timbul juga rasa kecewa didalam hati Rozana apabila Awie langsung tidak mengambil peduli untuk mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah mengikut undang-undang di Malaysia.
Alhamdulillah sahaja yang mampu saya ucapkan ketika ini apabila mahkamah mengekalkan hak penjagaan sementara itu kepada saya.
Saya yang melahirkan mereka dan tiada kata dapat digambarkan perasaan saya biarpun Merrah tidak bersama saya.

Dalam setiap permasalahan perlu ada tolak ansur agar masalah tidak berpanjangan dan boleh diselesaikan secara baik. Keputusan mahkamah untuk memberikan hak penjagaan kepada Rozana adalah tepat kerana anak-anak yang kecil tetap memerlukan kasih sayang seorang ibu.
Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment