Maher Zain Orang Arab Paling Berpengaruh Di Dunia...


Selepas artis Korea Rain dipilih sebagai “Rain Artis Berpengaruh Di Dunia?” terkini pula Maher Zain juga telah terpilih antara 100 orang Arab paling berpengaruh di dunia menerusi laman sesawang arabianbusiness.com baru-baru ini.

Image result for maher zain

Menerusi laporan tersebut, penyanyi kelahiran Lubnan Maher Zain yang mempunyai pengikut seramai 23.5 juta di laman sosial Facebook telah diletakkan di tangga ke-10 dalam senarai tersebut dimana dalam senarai itu terdapat ahli-ahli korporat, perniagaan, bintang sukan dan golongan elit yang lain.

Populariti Maher Zain sebagai penyanyi popular lagu InshaAllah sememangnya tidak dapat dinafikan sejak pelancaran album pertamanya, “Thank You Allah” pada tahun 2009.

Image result for maher zain

Album pertamanya, Thank You Allah (Terima Kasih Allah) telah dilancarkan pada 1 November 2009, terbitan Awakening Record.

Ia menjadi album terlaris di Malaysia pada tahun 2010 dan meraih pelbagai anugerah di Malaysia juga di Indonesia, sekaligus merupakan pengiktirafan terbesar buat penyanyi berasal dari Libanon ini.

Selain merakamkan lagu berunsur keagamaan dalam pelbagai bahasa, Maher Zain juga merupakan duta bagi Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).
Image result for maher zain

Sekitar tahun lalu, Maher Zain telah melawat kem pelarian Syria di Lubnan dan mengadakan konsert di sana.
Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment