Saya Bukan Penipu!! - Dafi


Pelakon dan penyanyi popular Dafi menyangkal dakwaan kononnya dia menipu apabila memberitahu bakal berkolaborasi dengan komposer terkenal Indonesia Ahmad Dhani.

Image result for dafi af

"Merepek. Saya pelik apabila ada orang mengata saya seorang penipu. Kononnya saya bercakap kosong mengenai kerjasama saya dengan Dhani.

"Saya bukan penipu! Apa faedahnya saya nak buat macam itu? Lebih baik saya cakap yang saya bakal berkolaborasi dengan artis Hollywood.

"Dhani buat masa ini sedang sibuk, kerana itu kami sukar berurusan bersama," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 27 tahun itu berkata kolaborasi dengan Ahmad Dhani akan dilaksanakan pada bulan depan dimana mereka akan berbincang mengenai konsep lagu yang akan dihasilkan.

Image result for dafi dan ahmad dhani

Sementara itu, Dafi turut memberitahu dia bakal muncul dengan single terbarunya berjudul "Sementara".

"Sementara proses perbincangan lagu bersama Dhani, saya akan muncul dengan lagu baru. Saya harap peminat akan menyukai lagu tersebut kerana dia pernah menghasilkan lagu Nomad iaitu "Tetap Menantimu".
Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment