Kuala Lumpur: Luluh hati seorang suami apabila mengetahui isteri yang dirindui sejak 6 bulan lalu ditemui sedang lena tidur bersama lelaki tidak dikenali dalam keadaan separuh bogel di sebuah rumah di Setapak di sini, semalam.
Difahamkan wanita berusia 20 tahun itu menghilangkan diri sejak April lalu selepas keluar dari rumahnya di Batu Caves, Gombak, dengan alasan mahu menziarahi ibunya.
Sumber polis berkata, wanita terbabit bagaimanapun menghilangkan diri menyebabkan suaminya berusaha menjejaki isterinya itu di merata lokasi.
Menurutnya, lelaki terbabit bagaimanapun menerima panggilan daripada rakan yang mendakwa terserempak dengan isterinya di kawasan Setapak di sini, jam 10 malam kelmarin.
“Lelaki terbabit bersama lapan rakan lain kemudian berusaha menjejaki isterinya itu selain bertanya orang ramai di kawasan berkenaan.
“Dia bagaimanapun mendapat maklumat isterinya itu tinggal bersekedudukan dengan seorang lelaki sejak enam bulan lalu,” katanya.
Blogger Comment
Facebook Comment