Tuu Dia.... Datuk Ahmad Maslan Berbicara Lagi...


Datuk Ahmad Maslan dalam menilai sendiri pandangan pelabur terhadap Malaysia adalah dengan mendengar dengan telinga bagaimana pelabur asing melihat Malaysia.

Kesempatan sewaktu ke Denmark dan Jepun digunakan sepenuhnya ketika bertemu dengan pemimpin syarikat itu.

“Sewaktu di meja makan saya bertanya kepada CEO (ketua pegawai eksekutif) syarikat, mengapa mereka memilih Malaysia untuk melabur?

“Jawapan beliau ialah kerana kestabilan politik, prasarana seperti lebuhraya, lapangan terbang dan pelabuhan yang baik serta pelbagai insentif diberikan.

“Tinggi rupanya nilai kestabilan politik negara ini pada kaca mata mereka,” kata Ahmad di Facebook beliau.

Jelas Ahmad, bukti meningkatkan keyakinan pelabur bertambah adalah dengan meningkatnya nilai pelaburan yang diluluskan untuk tahun sebelumnya iaitu daripada RM113.5 bilion kepada RM112 bilion.
Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment