Terkini & Seram!! Salah Seorang Ahli Kumpulan Popular Jepun AKB 48 Bukan Manusia

Jika dilihat penyanyi Korea mahupun Jepun kesemua seakan sama cantik dan jelita. Solekan dan pembedahan plastik memang tidak asing lagi bagi mereka untuk mendapatkan susuk tubuh dan wajah yang sempurna.

Ahli Asal Kumpulan AKB 48 (6 orang)

Image result for akb48 members

Namun, kali ini menurut sumber daripada VIVAnews, salah seorang anggota kumpulan pop asal Jepun AKB 48 iaitu Eguchi Aimi adalah rekaan komputer atau susuk maya. Tetapi ia seakan manusia sebenar kerana setiap ciptaannya sangat serupa dengan ahli kumpulannya. Rupanya, rekaan wajah Eguchi Aimi daripada kening, mata, hidung, rahang pipi, mulut, gigi dan lain-lain adalah gabungan daripada wajah asal dari kumpulan AKB 48.



Mengikut laporan Channel News Asia, Eguchi Aimi muncul pertama kalinya dalam iklan sebuah perusahaan makanan ringan, Glico. Eguchi Aimi dan AKB 48 menjadi duta serta tampil mempromosikan produk baru daripada Glico. Glico kemudiannya mengakui Eguchi Aimi merupakan idola-virtual.





Wajah cantik Eguchi Aimi ternyata merupakan gabungan daripada enam anggota AKB 48 lain, hasil rekaaan komputer. Eguchi Aimi memiliki mata Atsuko Maeda dan hidung milik Tomomi Itano. Bentuk wajahnya (outline) mengambil Minami Takahashi. Sedangkan, bentuk mulutnya diambil dari Mariko Shinoda, dan alis dari Mayu Watanabe. Bahkan, tubuh seksi dan rambut indahnya diambil dari Yuko Oshima.

Kemunculan pertama Eguchi Aimi sangat mengejutkan peminat AKB 48. Peminat AKB 48 berpendapat Eguchi Aimi seperti manusia betul bukanlah rekaan komputer.



Walaupun begitu, pengurus AKB 48 dikhabarkan telah mempersiapkan sejumlah langkah untuk mempopularkan karakter rekaan ini. Profil rekaan Eguchi pun diciptakan, dengan biodata palsu dan gambar-gambar yang direka khas. Eguchi Aimi dikenali sebagai gadis 16 tahun yang asal dari Saitama, Jepun.
Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment