5 Babak Paling Cliche Drama Melayu Wajib Ada
Kami rasa, drama-drama Melayu merupakan cermin sebenar tentang kehidupan apa yang kita alami setiap hari. Kita sendiri mempunyai rakan-rakan yang kuat drama dan dalam masa yang sama menguruskan syarikat korporat. Ia memang realiti!
1. Tinggikan suara kepada ibu bapa adalah normal
Ibu bapa sebenarnya adalah perkara yang boleh dianggap ringan. Ketika perlukan duit atau hubungan cinta anda ditentang keluarga, boleh saja marah mereka. Melayu memang amalkan perkara sebegini. Mahu tipu mereka pun boleh juga.
2. Babak breakfast, lunch dan makan malam adalah wajib
Malaysia dan makanan sememangnya tidak dapat dielakkan. Oleh itu, setiap babak makan-makan haruslah ditunjukkan. Malah di meja makan juga adalah tempat untuk berbincang mengenai masalah kenapa anak couple dengan lelaki lembut. Nice timing wahai parents sekalian.
3. Babak komplot rancangan jahat
Ini babak yang paling best. Watak penjahat biasanya akan kelihatan sentiasa licik dan akan berjumpa dengan ketua meraka di restoran atau kedai makan (makan lagi). Kemudian berbincang mengenai rancangan jahat mereka macam orang lain tidak boleh dengar. Seriously? Kemudian angguk-angguk dan terasa rancangan mereka tersebut sudah cukup bad ass.
4. Berborak di tempat duduk belakang kereta mengenai kegawatan syarikat
“Nampaknya Adam mengambil langkah salah dalam menguruskan syarikat kita. Kita tidak boleh biarkan perkara ini terjadi atau kita singkirkan saja dia daripada syarikat. Kita mesti singkirkan dia walau dengan apa cara pun!” kata pemilik syarikat yang berebut projek RM2 juta – nampak sangat batak mahu kaya (Melayu sangat).
Oh drama Melayu (tepuk dahi). Jika boleh ubah skrip, ubahlah, sikit pun sudah cukup.
5. Watak bengap masih tidak tahu ditipu sepanjang drama
Kebiasannya watak ini dipegang heroin yang baik sangat-sangat. Cuba anda ketuk kepala heroin ini, dia akan tetap positif mengenai anda dan mereka paling senang ditipu – itu pun masih redha dan terima seadanya. Jika ada orang yang berperwatakan sebegini, sila beritahu kami.
Watak lemah tidak melawan dan mudah tertipu sebegini harusnya ditamatkan dengan cara sampai mati pun dia masih kena tipu. Hero kahwin dengan orang lain dan rancangan jahat ibu mertua pun berjaya. Yeay! Okay, sudah boleh sambung babak makan semula.
Suka atau tidak, ini merupakan sedikit cebisan daripada perkara yang kita selalu lihat di dalam drama Melayu. Rencah sebeginilah juga yang menghidupkan plot cerita. Tapi apa salahnya buat drama yang rancangan jahat ibu mertua berjaya dan heroin mati. Rupanya kehidupan tanpa heroin adalah lebih bagus. Tamat.
Dan kami sebenarnya simpati dengan Wan Maimunah yang berkali-kali dirompak namun pihak polis tidak ambil tindakan. If you know what I mean.
Blogger Comment
Facebook Comment