Salih Yaacob Bakal Timang Anak Ke-13

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada pelakon, pelawak dan penyampai radio, Salih Yaacob yang tidak lama lagi bakal menimang cahaya mata ke-13 hasil perkongsian hidup bersama isteri keempat, Samihah Syeikh Ali atau mesra disapa Emi.

Difahamkan, Emi yang berusia 28 tahun kini sedang menghitung hari kerana dijadualkan bila-bila masa dalam minggu ini akan melahirkan anak.

 

Sebelum ini, Salih dan Emi mengakui menangguhkan perancangan untuk mendapatkan anak berikutan Emi masih menuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Salih melengkapkan kuota poligami empat orang isteri selepas menikahi Emi pada tahun 2011.

Tiga isterinya sebelum itu ialah Norlizah Mamat, 50, Norraha Hamat, 46, dan Norfara Wahida Sulaiman, 36.

 

Sejak itu, Salih sering kali dijadikan contoh kepada lelaki lain yang memasang impian untuk hidup berpoligami.


Bagi yang tidak tahu, Salih turut mempunyai enam cucu termasuk seorang cucu perempuan bernama Qaireena Ariana yang baru dilahirkan dua minggu lalu.
Diharap semoga Emi dapat melahirkan anak dengan selamat.
Share on Google Plus

About Marke Pen

    Blogger Comment
    Facebook Comment